SPM ... Saya bersedia !
Thursday, 27 September 2012 // 03:22
Satu ceramah kecemerlangan telah diadakan di pusat sumber sekolah pada 14 Ogos 2012 demi untuk menyediakan pelajar tingkatan lima supaya menghadapi peperiksaan SPM dengan cemerlangnya. Cik Audrey Lim, seorang pengucap dari Toastmasters Melaka telah dijemput untuk memberi galakkan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam teknik menulis ringkasan. Cik Linda Shik dan Joel Choo pula menyanyi lagu 'I believe I can fly' bersama pelajar lain untuk mendorong pelajar supaya lebih giat belajar.
Sejarah PSS
Perpustakaan sekolah telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 1962. Pada suatu ketika dahulu, perpustakaan tersebut merupakan Bilik Pengawas. Pada 21 Mei 1962, En. D.Gunton selaku wakil Majlis Perbandaran British telah menghadiahkan 350 buah buku yang keseluruhannya bernilai $1,500 kepada sekolah. Di samping itu, pertubuhan Asia telah memberikan sedikit sumbangan dan akhirnya perpustakaan dibina dengan keluasan 900 sentimeter persegi. Proses permindahan perpustakaan telah dilakukan pada akhir tahun tersebut ke Dewan Perpustakaan. Pengetua sekolah secara rasminya telah mengisyitiharkan pengoperasian perpustakaan sekolah dan setiap buku telah dikategorikan mengikut sistem yang dipinjam dari Sistem Perpuluhan Dewey. Pada permulaannya, pertubuhan perpustakaan telah menunjukkan satu pergerakan yang agak lambat tetapi konsisten dan pada awal 1963, dua buah rak buku dan kaunter ditambah sebagai salah satu peralatan perpustakaan. Sebanyak 400 buah buku jenis fiksyen dan satu set ensiklopedia baru telah ditambah bagi membantu meningkatkan jumlah buku yang ada. Bagi memupuk sikap gemar membaca dalam diri pelajar, pihak sekolah telah menetapkan waktu pembelajaran di perpustakaan. En. Joseph Theseira pernah menjadi pembantu pustakawan sementara di perpustakaan tersebut.
Pada awal tahun 1998, 830 buah buku telah ditambah dan pada 13 Jun 1968 jumlah buku meningkat sebanyak 3,500 buah buku serta 10 set ensiklopedia. Kebanyakan buku yang dibeli menggunakan kutipan hasilan derma daripada guru-guru, pelajar serta daripada pihak sekolah lain. Sekolah ini telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Program Perpustakaan pada 7 Mei 1968. Program ini telah dirasmikan bagi memupuk minat murid-murid dalam aspek bacaan dan telah diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 3.00 hingga 6.00 petang.
Keluasan perpustakaan pada tahun 1966 adalah 3,000 sentimeter persegi dan telah meningkat kepada 4,700 sentimeter persegi pada tahun 1969. Keluasan tersebut berkembang kerana penukaran Bilik Pengawas kepada bilik kerja perpustakaan. Perpustakaan sekolah telah mencapai pencapaian agak memberangsangkan pada 1970 kerana jumlah buku telah meningkat kepada sebanyak 7,100 buah buku. Jumlah tersebut merupakan yang agak besar ketika itu. Beberapa buah majalah juga ditambah sebagai sumber bahan bacaan. Perpustakaan masih dibuka pada cuti panjang sekolah untuk memberi ruang kepada pelajar meluangkan masa dengan membaca buku. Jumlah buku telah bertambah sebanyak 8,000 pada tahun 1972 dan semakin meningkat kuantitinya pada 1973 iaitu 8,071 buah buku. Rak-rak buku dibaiki dan kerusi baru ditambah. Lebih daripada 1,000 buah buku cerita telah dibawa masuk ke perpustakaan bagi melaksanakan “Banci Bacaan”. Kerajaan telah mengadakan satu program membaca. Jumlah buku berterusan meningkat terutama dalam seksyen Bahasa Melayu dan pada tahun 1986, perpustakaan telah memperoleh 10,000. Pada 1987 pula, perpustakaan sekolah telah dinaikkan tarafnya dengan pelbagai alat kelengkapan dan sumbangan seperti 5 unit penghawa dingin, 2 unit sumbangan daripada Pantai Gerakan Malaysia dan 3 unit atas usaha sekolah sendiri. Pada 1991, perpustakaan sekolah memperoleh lebih daripada 11,000 buah buku. Jumlah tersebut sentiasa bertambah dan pada tahun 2000, terdapat 15,000 buah buku. Program NILAM telah dilancarkan di peringkat kebangsaan supaya memupuk minat membaca serta dapat menggunakan perpustakaan sepenuhnya.
Pengubahsuaian telah dilakukan dan diberi rupa yang moden pada tahun 2006 dengan lantai yang berjubin, tingkap kaca yang besar dan warna cat dinding yang baru serta ceria dengan menggunakan wang sumbangan daripada guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Mesyuarat tahunan telah diadakan pada akhir tahun tersebut dan telah mencapai kata sepakat bagi menggabungkan perpustakaan dan Pusat Sumber menjadi sebuah unit yang dipanggil Lembaga Pengawas Pusat Sumber. 4,000 buah buku telah dihapuskira pada 2009 dan penyusunan semula rak-rak buku telah dijalankan. Perpustakaan sekolah telah ditukarkan nama menjadi Pusat Sumber dan Pusat Sumber yang asalnya ditukarkan menjadi Bilik Media. Proses membaikpulih Bilik Media telah dilaksanakan pada tahun 2010, setiap hari Ahad pada bulan Oktober lepas. Proses ini bertujuan bagi membaiki rak-rak dan almari yang rosak dengan menggunakan wang sumbangan kerajaan yang berjumlah RM4,050. Kini, Pusat Sumber telah luas, berhawa dingin, selesa dan dipenuhi 17,192 buah buku.
Jumaat, 19 November 2010.
Tentang Kami
Visi
Mewujudkan warga sekolah yang berilmu dengan sikap
suka membaca dan meneroka sumber informasi.
Misi
• Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang
berteknologi tinggi
• Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan
berkualiti
• Mencanai minda warga sekolah yang bestari
Objektif PSS
▶ Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai alat informasi.
▶ Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid dan guru.
▶ Menawarkan pelbagai khidmat pencarian ilmu.
Matlamat PSS
Ø Memupuk minat membaca di kalangan murid demi mempertingkatkan mutu pendidikan
Ø Membentuk golongan murid yang berilmu, kreatif dan berdisiplin ke arah pembangunan diri masa depan
Ø Mempertingkatkan mutu profesion perguruan demi pembangunan sekolah
Tenaga Pusat Sumber Sekolah
Clik link di bawah untuk melihat jadual jawatankuasa.
1.
Jawatankuasa Induk
2.
Jawatankuasa Kerja
3.
Jawatankuasa Nilam
4.
Lembaga PSS
Logo dan konsep PSS
Konsep
Berasaskan simbol buku dan individu-individu yang membentuk suatu bulatan yang menggambarkan kepentingan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat (ICT) sebagai pemangkin masyarakat yang holistik dengan pendidikan yang tinggi, maju dan dinamik.
Warna
Ø Warna putih melambangkan kesucian ilmu pengetahuan dalam meniti pancaroba kehidupan.
Ø Warna merah melambangkan kekuatan dan kecerdasan minda setiap individu.
Ø Warna biru melambangkan perpaduan, keharmonian dan semangat kerjasama yang utuh setiap individu.
Simbol
Ø Buku yang terpampang dan terbuka luas melambangkan ilmu pengetahuan yang luhur dan luas yang sedia menanti para pembaca untuk membacanya.
Ø Individu-individu yang membentuk suatu bulatan melambangkan penguasaan ilmu pengetahuan yang holistik dan mempunyai keupayaan untuk menlahirkan masyarakat yang berilmu, bersatu padu dan makmur serta generasi muda yang berketerampilan.
Ø Titik-titik merah melambangkan minda individu yang mengamalkan budaya membaca, positif, cerdas bakal melahirkan insan yang progresif dan berteknologi tinggi.
Balik
Balik
Balik
Balik
Koleksi PSS
1. Bahan-bahan Bacaan

Buku : Jumlah Buku Fiksyen dan bukan fiksyen : 14200
Majalah : National Geographic,
Time,
Reader’s Digest (English),
Reader’s Digest (Bahasa Cina),
Bulanan Pelajar (Bhs Cina),
Dewan Siswa,
Dewas Pelajar,
Dewan Masyarakat
Majalah sumbangan : Ringgit,
Pelancar,
Generasi pengguna,
EraHijau,
Pumen,
The Ingenieur
Suratkhabar : The Star,
NST,
Berita Harian,
Utusan Melayu,
Sin Chiew Daily,
Tamil Osai
Rak majalah-majalah
2. Bahan-bahan Bukan Buku
Koleksi BBM (Bahan Bantu Mengajar) : 400
(Contoh – carta gulung, globe, alat-alat maths dan sains)
Koleksi Digital : 210
(Termasuk CDs, dan courseware yang bertajuk umum)
Komputer dengan internet access : 7 unit
(1 unit PC di Bilik Media 6 unit di Pusat Sumber)
Televisyen : 3 unit
(CD projector di Bilik Media dan Pusat Sumber)
Hasil-hasil pelajar
Perkhidmatan PSS
1. Promosi Buku
Pustakawan akan mempromosikan sebuah buku baru setiap minggu. Satu artikel berkenaan buku baru tersebut akan ditampalkan di papan kenyataan untuk Program Nilam. Ini bertujuan menarik perhatian murid supaya membacanya.
Buku-buku yang baru diproses akan ditayangkan di rak Buku Baru untuk pinjaman murid dan guru.
2. Koridor Informasi
Koridor informasi merupakan tempat dimana pusat sumber sekolah menyampaikan maklumat-maklumat kepada murid dan guru berkenaan dengan pelbagai isu pendidikan. Maklumat-maklumat yang ada di koridor informasi ini sentiasa bertukar mengikut sambutan peristiwa yang diadakan.

3. Program Nilam
Untuk menggalakkan murid menanam tabiat membaca, minggu atau bulan bahasa Melayu dan Inggeris diadakan. Dalam minggu atau bulan bahasa ini, aktiviti-aktiviti atau pertandingan seperti public speaking, choral speaking, debate, syarahan, quiz, bacaan puisi, treasure hunt forum dan lain-lain akan dijalankan. Ini demi untuk mewujudkan kesedaran antara murid akan kepentinagan membaca bukan sahaja mendapat pengetahuan tetapi juga untuk menguasai kebolehan berkomunikasi dengan berkesanya.
Proses Nilam
4. Latihan Kepimpinan
Untuk melatih kebolehan memimpin serta bekerjasama, aktiviti tahunan seperti Amazing Race dan Tayangan Video diadakan. Pelajar perlu merancang serta bertindak untuk menjayakan apa yang dirancang.
5. Kem Membaca
Kem membaca biasanya diadakan selepas peperiksaan akhir tahun, Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan galakkan membaca akan dijalankan demi untuk memupuk tabiat membaca.
Bengkel Kem Membaca
6. Penggunaan bilik-bilik pusat sumber
Setiap warga sekolah ini digalakkan mengguna bilik-bilik pusat sumber. Jadual penggunaan Pusat Sumber ditampalkan dipapan kenyataan untuk mengelakkan kesesakan Pusat Sumber. Bilik Media sentiasa digunakan oleh guru untuk penajaran dan pembelajaran. LCD dan computer serta televisyen disediakan dalam bilik tersebut.
Clik sini untuk lihat gambar-gambar lain.
7. Permainan Boardgame
Boardgame seperti catur dan CashFlow, yang boleh menjana minda para pelajar, terdapat di perpustakaan dan boleh dipinjam oleh para pelajar.